(Bahasa Version)
TEROKAI PERASAAN YANG MENGGERUNKAN DI HORRORWOOD
Sunway Lagoon

Studio Horrorwood terkenal dengan pameran karakter seramnya yang telah menerajui pelbagai filem –filem antarabangsa seperti, Friday The 13th, Saw, Scream, Nightmare on Elm Street and Alien, dan juga filem sensasi seperti Zombie Apocalypse sememang destinasi yang mempopularkan lagi karakter yang telah dikenali ramai ini.Tahukah anda, kini anda boleh berkenalan sendiri dengan karakter-karakter seram ini di Horrorwood, Sunway Lagoon.
Studio Horrorwood ini telah dirasmikan sebagai tanda kepelbagaian dan penambah keseronokan di Scream Park. Apa yang lebih menakjubkan adalah Studio Horrowood di Sunway Lagoon bukan hanya sekadar pameran semata-mata bahkan anda dapat merasakan aura , lakondan dan suara para pelakon seakan karakter daripada filem- filem seram ini. Perjalanan anda di Studio Horrorwood bukan sekadar bertemankan kegelapan dan jika anda ingin tahu, anda harus merasakan sendiri perjalan itu. Apa yang pasti, Studio Horrowood ini akan menjadi salah satu keseronokan yang mungkin diakhiri dengan tangisan atau gelak tawa tapi awas kepada mereka yang berpenyakit jantung, jangan ambil risio ini. Inga, satu persatu kejutan bakal meransangkan deria pendengaran anda dari pelbagai sudut.
Jadi padatkan jadual hujung minggu anda untuk menikmati keriangan yang tidak terhingga di Sunway lagoon. Selain Studio Horrowood, anda juga akan berkesempatan menikmati taman tema yang lain seperti Water Park, Amusement Park, Extreme Park, dan Scream Park.
|