(Bahasa Version)
Bandar Jepun di Kuala Lumpur!
Tokyo Street, Pavilion
Kepada anda yang teringin mencari ilham dan suasana di Tokyo. Kini tidak perlu lagi terbang ke Jepun malahan anda boleh merasainya di Kuala Lumpur . Tempat yang saya katakan ini adalah Tokyo Street di mana ia terletak di Pavilion. Salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Kuala Lumpur. Kedatangan saya telah di sambut mesra orang penyambut tetamu yang memakai kostum Kimono, Yukata, Hakam dan Happi.
Tokyo street telah dibuka secara rasminya untuk orang awam pada bulan Julai yang lalu.Setapak sahaja saya masuk ke Tokyo Street the tingkat 6 , Pavilion. Kelihatan dekorasi dalamanya penuh dengan citarasa dan budaya dari Negara Jepun sudah pasti memukau mata yang memandang. Hasil rekabentuk dan dekorasinya adalah inspirasi dari senireka Asakusa dan elemen-elemen Ginza yang sememag popular di Tokyo.
Jolokan nama ‘ Tokyo Street’ it sesuai dengan pelbagi jenis makanan tradisional jepun yang autentik bersama dengan makanan yang segar dan panas. Kepada mereka yang menggemari pencuci mulut ala jepun. Di Tokyo Street memiliki deretan restoran yang menghidangkan pencuci mulut yang membuat anda terbuai dengan suasana di Tokyo.
Sudah pasti anda tidak akan terlepas peluang untuk membeli cenderamata dan barangan eletronik jepun di Tokyo Street. Gembira saya melihat cenderamata yang unik dan bercirikan kartun semestinya menarik perhatian kanak –kanak yang berkunjung di Tokyo Street. Jadi, kepada anda yang mengidamkan suasana Tokyo kini anda tidak perlu terbang jauh ke Negara Jepun lagi. Kunjungilah Tokyo Street hari ini juga yang di buka pada setiap hari.
 |